Shalom
Shalom dan salam sejahtera. Tujuan saya menulis blog untuk ini adalah untuk mengisi lirik-lirik lagu kemenangan iman yang semakin kian dilupai.
Walaupun saya dilahirkan dalam golongan generasi yang bermulanya IT dan pengaruh-pengaruh luar, saya rindu akan zaman di waktu kebangunan rohani berlaku di mana-mana. Lagu kemenangan iman berkumandang di gereja-gereja dan menyentuh hati setiap yang menyanyi dan mendengarnya. Saya tidak menolak lagu-lagu baru seperti yang dibawakan JPCC, TrueWorshipper dan sebagainya tetapi pendapat peribadi saya, lagu-lagu lama ini mempunyai sesuatu yang unik dan mampu membangkitkan dan membakar jiwa rohani kita supaya terus membara dan bertahan. cara saya membayangkan ialah, saat api dalam hati saya semakin malap, bila saya mendengar lagu-lagu lama ini sambil berdoa, it rekindle the fires within me.
Manakala lagu-lagu baru yang bersifatkan konsert, pastinya dapat menarik jiwa-jiwa muda yang lain.
Bagi yang ingin mencari lirik lagu-lagu lama, saya harap apa yang saya letakkan disini dapat membantu kita semua dari segi rohani dan biarlah kita sama-sama mengekalkan lagu-lagu ini dan mengajar generasi baru. Supaya jangan kerohanian kita ditelan mengikut arus dunia melainkan mencari satu keseimbangan dan mengetahui tujuan utama lagu-lagu ini dibawa. Iaitu untuk Memuji dan Memuliakan Nama Tuhan.
Salam damai dan Tuhan Memberkati.

Comments
Post a Comment